A. Apa itu Medklinn Pensteril Udara + Permukaan?

i. Bagaimanakah Medklinn Pensteril Udara + Permukaan berfungsi?

Medklinn Pensteril Udara + Permukaan menghasilkan oksigen aktif untuk membersihkan udara dan mensteril permukaan, menghapuskan 99.9% alergen, bau busuk, bakteria, virus, kulat, dan bahan toksik di udara serta permukaan – secara semula jadi dan tanpa sebarang bahan kimia.

ii. Mengapa kita perlu mensteril permukaan?

Pencemaran dalam udara mewakili sebahagian kecil peratus pencemaran dalam ruangan. Kebanyakan pencemaran terperangkap di atas permukaan seperti meja, tilam, karpet, sofa serta perabot. Jika anda hanya membersihkan udara, maka anda hanya “membersihkan” sejumlah kecil peratus pencemaran dalam ruangan, meninggalkan kebanyakan pencemaran di atas permukaan dan Sebatian Organik Meruap (VOC) yang dilepaskan daripada bahan berikut.

Oleh itu, cara yang paling berkesan untuk membersihkan ruangan anda adalah dengan menghapuskan pencemaran yang terperangkap di atas permukaan dan juga udara.

iii. Adakah peranti ini berfungsi sebagai ionizer?

Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut di pautan ini.

iv. Adakah ia berfungsi seperti ozonizer?

Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut di pautan ini.

v. Jika Medklinn tidak menapis udara, bagaimana ia akan meningkatkan kualiti udara?

Teknologi CerafusionTM yang telah dipatenkan menghasilkan oksigen aktif, meniru kejadian semula jadi seperti ribut petirdan fotosintesis tumbuhan. Untuk belajar lebih mengenai fungsi oksigen aktif, sila tekan pautan di sini.

vi. Apakah perbezaan antara Medklinn Pensteril Udara + Permukaan dan penulen udara atau penapis udara?

• Pembersih udara hanya menapis pencemaran bawaan udara namun bukan pencemaran di atas permukaan, di mana Medklinn boleh mengatasi kedua-duanya.
• Pembersih udara juga hanya memerangkap mikroorganisma di penapis, namun Medklinn boleh membunuhnya.
• Pembersih udara hanya menapis bahan pencemar bawaan udara yang besar lebih daripada 0.3 Mikrons, namun Medklinn boleh menapis zarah yang lebih kecil daripada itu seperti Sebatian Organik Meruap (VOC).
• Pembersih udara tidak membunuh mikrorganisma (ia hanya memerangkap mereka di penapis), tapi Medklinn boleh melakukannya.
• Pembersih udara tidak menapis bahan pencemar lebih kecil daripada 0.3 mikron seperti Sebatian Organik Meruap (VOC), namun Medklinn boleh.
Klik sini untuk maklumat yang lebih terperinci

vii. Apakah perbezaan antara Medklinn PensterilUdara + Permukaan dan Alat penyahlembap?

Medklinn tidak melembapkan persekitaran. Ia membersihkan udara dan mensteril permukaan. Alat penyahlembap hanya mengurangkan tahap kelembapan di persekitarankita.

viii. Peranti ini sangat kecil, adakah ia benar-benar berkesan?

Kami sangat percaya bahawa perkara yang besar datang daripada bungkusan yang kecil. Peranti Versa terciptakecil untuk memudahkan penggunaannya sewaktu melancong, jadi ia mampu melindungi anda di mana sahaja anda berada.
Semua produk Medklinn Pensteril Udara + Permukaan telah diuji secara saintifik untuk menghapuskan 99.9% daripada semua bakteria, virus, kulat, VOC dan bahan pencemar berbahaya yang lain.
Klik di sini untuk melihat Ujian Mikrobiologi kami.

ix. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan udara segar jika tingkap dan pintu saya sentiasa tertutup sepanjang masa?

Apabila anda menggunakan Medklinn Pensteril Udara + Permukaan, ruangan dalaman akan lebih bersih dan segar daripada ruang luaran, terutamanya jika anda tinggal di kawasanbandar. Jangan risau dengan tahap oksigen kerana akan sentiasa ada pengaliran dan penukaran udara di dalam bilik dari luar terutamanya ketika pintu di buka dan ditutup serta ruang pintu yang ada. Malah jika pintu dan tingkap anda tertutup, peratus oksigenakan sentiasa dikekalkan dalam 21%.Medklinn Pensteril Udara + Permukaan sangat berkesan dalam menghilangkan sebarang baubusukdan hapak yang selalunya dikaitkan dengan bilik yang tertutup.

x. Bolehkah saya menggunakan peranti ini di dalam bilik yang mempunyai penghawa dingin? Bagaimana jika penghawa dingin saya datang bersama fungsi ionizer?

Adalah baik untuk menggunakan MedKlinn Pensteril Udara+Permukaandengan penghawa dingin. Kebanyakan pengion yang digabungkan didalam penghawa dingin hanya menjanabilangan ion negatif yang minimum dan tidak dapat membersihkan udara dalaman dengan berkesan. Di samping itu, oleh kerana kebanyakan penghawa dingin tidak digunakan secara berterusan, udara dalaman hanya akan dibersihkan
secara berselang-seli. Walau bagaimanapun, dengan Pensteril Udara+Permukaan MedKlinn, pembersihan akan dilakukan sepanjang masa, dan dengan fungsi ini ruang dalaman anda akan sentiasa segar.

xi. Jika saya menutup pintu dan tingkap lalu menggunkankan kipas di dalam bilik saya, tidakkah iaakan menjadi pengap?

Ini bergantung kepada kedudukan bilik berkenaan dengan matahari. Ia jelas boleh menjadi panas dan pengap pada siang hari. Walau bagaimanapun, di kawasan bandar, membuka tingkap boleh menjadi sangat berbahaya kerana ia membenarkan pencemaran untuk terus masuk ke dalam bilik.

xii. Bagaimana saya boleh mengetahui bahawa peranti saya sememangnya berkerja dalam membersihkan alergen habuk dan kuman/hama dari bilik saya sedangkan saya tidak dapat melihatnya dengan mata kasar?

Selepas sehariatau lebih selepas anda menggunakan Pensteril Udara+Permukaan MedKlinn di dalam bilik tertutup, anda akan perasan bahawa lantai anda lebih berdebu daripada biasa. Oksigen Aktif akan menghapuskan habuk daripadaudara supaya anda tidak menghirupnya, malah ia akan mengelakkan kemudaratan kepada anda. Dengan pembersihan biasa, sertamemastikan tingkap dan pintu ditutup, habuk yang terkumpul di atas lantai akan semakin berkurangan. Ini adalah petunjuk bahawa habuk bawaan udara dan bahan pencemar lain telah dikurangkan. Jika anda mengalami alahan akibat hama habuk rumah, anda juga mungkin menyedari bahawa alahan anda bertambah baik dengan penggunaan berterusan Pensteril Udara+Permukaan MedKlinn, kerana alergen di udara dan di tempat tidur anda dimusnahkan oleh Oksigen Aktif.

xiii. Saya tidak yakin kerana saya tidak melihat sebarang bukti habuk terperangkap seperti yang terdapat dalam penapis udara konvensional.

Sila rujuk (4)(a)(xi).

xiv. Bagaimana Medklinn Pensteril Udara+Permukaan boleh membantu masalah resdung, alergi hidung dan komplikasi asma?

Sinus adalah rongga dalam tengkorak kita yang di isi dengan udara yang kita sedut melalui hidung kita. Untuk melindungi laluan ini, lendir dihasilkan untuk membantu memastikan ia bersih daripada bahan pencemar dan alergen. Tetapi kadangkala tisu yang mengelilingi rongga ini meradang, menyekat laluan udara dan memerangkap lendir yang bertujuan untuk melindungi kita –menjadikan keseluruhan proses pernafasan menjadi mimpi ngeri yang dipanggil masalah sinusitis. Bahan pencemar yang paling kerap mencetuskan tindak balas sinus ialah:

https://www.osha.gov/chemicaldata/chemResult.html?RecNo=9
https://www.cdc.gov/niosh/npg/npgd0476.html

Alergen seperti protein dalam najis hama, bulu haiwan peliharaan, dan kulat, serta sebatian toksik seperti bahan kimia, pewangi tiruan, gas berbahaya dan asap.

Pensteril Udara+Permukaan Medklinn adalah salah satu penyelesaian jangka pendek dan panjang terbaik untuk menguruskan masalah sinusitis, alergi hidung dan komplikasi asma kerana ia boleh menghilangkan resdung daripada sebab bahan pencemar yang berada di udara serta pada semua permukaan, tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.

Teknologi CerafusionTM yang telah dipatenkan berfungsi dengan menjana dan memancarkan Oksigen Aktif ke dalamruang kediaman anda secara berterusan 24/7, dengan berkesan menghapuskan bahan pencemar pada tahap molekul –termasuk 99.99% bakteria dan virus, VOC, bau busuk dan keseluruhan spektrum alergen seperti kulat, spora,debunga, najis hama, bulu haiwan peliharaan dll.