Mengenai Kami

Medklinn ialah jenama teknologi kesihatan yang baru, dinamik dan inovatif yang telah mengalami pertumbuhan yang stabil dan berjaya berkembang di Asia, Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, United Kingdom dan Australia.

Kami kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Myanmar, Filipina, Vietnam, Macau, Amerika Syarikat, Kanada, UK, Jerman dan Australia, dan akan terus berkembang. Kami juga terus membangunkan portfolio produk yang kukuh yang akan berkembang di masa hadapan. Ini adalah masa yang sangat membanggakan bagi jenama dan syarikat Medklinn.

Mengapa Pilih Kami?

Kami berdedikasi untuk mengembangkan dan memasarkan teknologi yang canggih, mesra alam, bebas kimia yang mentakrifkan semula kehidupan sihat dan selamat untuk semua orang setiap hari. Fokus kami pada masa ini adalah untuk menyampaikan pelbagai produk yang memberikan tahap kebersihan dan keselamatan yang maksima untuk persekitaran tempat tinggal dalaman – khusus untuk udara dan air dengan menggunakan Oksigen Aktif melalui teknologi kami yang dipatenkan.

Dalam dunia di mana penyelesaian kebersihan dan keselamatan seringkali begitu rumit, bersifat dan tidak berkesan, kami di Medklinn komited untuk memulakan langkah baharu dan menawarkan satu perspektif terkini tentang bagaimana untuk melindungi, mencapai dan mengekalkan tahap kebersihan dan keselamatan yang lebih baik di mana ianya mudah dan bermula dari tempat tinggal anda.