B. Oksigen Aktif

Oksigen aktif terdiri daripada ion negatif dan tahap ozon yang terkawal. Ia merupakan satu elemen semula jadi yang terhasil daripada proses fotosintesis tumbuh-tumbuhan, pengaliran air,tenaga UV daripada cahaya matahari, dan kejadian kilat di langit.Semua kejadian ini menghasilkan oksigen aktif yang dilepaskan ke udara sekeliling kita secara berkesan serta menjadi pembasmi kuman organik oleh kerana tingginya struktur molekul oksigen tersebut. Dengan adanya sktruktur oksigen yang tinggi, oksigen aktif mampu mensteril dan membersihkan persekitaran, lalu menghapuskanpencemaran yang membahayakan udara yang kita hirup dan permukaan yang kita sentuh.