B. Manual Penggunaan

i. Mengapa terdapat bau logam daripada peranti? Adakah bau tersebut menunjukkan keberkesanan peranti?

Bau metalik tersebut terjadi kerana proses pengoksidaan. Walau bagaimanapun, bau tidak boleh digunakan untuk menentukan keberkesanan peranti. Bau sangat subjektif dan boleh jadi berbeza dari satu lokasi ke lokasi lain pada masa yang berbeza. Petunjuk asas untuk menentukan sama ada peranti beroperasi adalah untuk mengesan bunyi desisan daripada unit. Letakkan unit di sebelah telinga anda untuk mendengar bunyi desisan.

ii. Bagaimanakah saya tahu jika unit beroperasi?

Apabila unit dihidupkan, secara terus – tiga penunjuk lampu LED akan menyala. Ini menunjukkan bahawa unit beroperasi pada mod HI. Di samping itu, anda akan mendengar sedikit bunyi desisan yang datang dari peranti.

iii. Bagaimanakah cara menghidupkan kipas (hanya terpakai untuk Asens+60)?

Jika dihidupkan secara terus, kipas tidak akan hidup. Untuk menghidupkan kipas, tekan dan tahan butang kawalan selama 5 saat dan begitu juga sebaliknya.

iv. Di manakah tempat yang sesuai untuk saya meletakkan unit?

Sila letakkan peranti di bawah atau di sebelah sumber peredaran udara seperti kipas atau penghawa dingin untuk prestasi terbaik – arus udara akan membantu menyebarkan Oksigen Aktif dengan lebih cepat ke seluruh bilik.

Selain itu, adalah sangat disyorkan untuk meletakkan unit sekurang-kurangnya 2 kaki dari posisi tempat duduk atau tidur anda serta pada ketinggian meja.

v. Berapa lamakah unit harus dibiarkan beroperasi?

MedKlinn Pensteril Udara+Permukaan direka khas untuk beroperasi 24 jam/hari, 365 hari/tahun. Peranti ini dicipta untuk beroperasi pada setiap masa supaya ia boleh membersihkan ruang dalaman anda sepanjang masa. Ini bermakna udara ruang dalaman dan permukaan anda sentiasa bersih dan segar sepanjang siang dan malam, mengurangkan bahaya pencemaran udara, kuman bawaan udara dan zarah habuk kepada anda dan keluarga.

vi. Patutkah saya mengalihkannya dari bilik ke bilik?

Adalah sangat disyorkan bahawa peranti disimpan dalam satu bilik sepanjang masa. Ini akan membolehkan pembersihan berterusan pada udara dan permukaan dalam bilik tersebut serta memastikan ia sentiasa bersih dan segar. Memindahkan peranti dari bilik ke bilik akan menghalang pembersihan yang berterusan.

vii. Adakah selamat untuk membiarkan peranti dihidupkan semasa saya pergi bercuti?

Peranti ini sangat selamat untuk dibiarkan beroperasi walaupun rumah anda kosong. Malah, membiarkan unit ini beroperasi akan memastikan udara dan permukaan dalaman sentiasa bersih dan segar, serta menghalang pertumbuhan kulat dan bau hapak. Cuma, anda perlu pastikan jaring pengudaraan unit tidak dilindungi untuk mengelakkan haba yang berlebihan terkumpul.

viii. (Autoplus) Mengapakah peranti menjejaskan frekuensi radio kereta?

Kerana ia menghasilkan magnetik elektronik, ia sememangnya akan mempengaruhi frekuensi radio.

ix. (Autoplus) Bolehkah saya meninggalkan peranti dalam soket pemetik api rokok di bawah terik matahari?

Ya, dalam keadaan berfungsi, peranti ini boleh bertahan sehingga 35°C.

x. (Autoplus) Adakah saya perlu mencabut peranti setiap kali saya meninggalkan kereta saya?

Tidak, anda tidak perlu mencabut peranti.

xi. Berapa lamakah masa yang akan diambil untuk peranti membersihkan udara di dalam kereta/bilik?

Ini akan bergantung kepada faktor berikut:

-Saiz kenderaan/bilik
-Tahap pencemaran dalam kenderaan/bilik
-Tempoh perjalanan (terpakai untuk kereta sahaja)
Secara amnya, ia akan membersihkan udara secara berterusan sebaik sahaja unit dihidupkan. Untuk sisa bau, ia mungkin mengambil masa dari beberapa hari hingga beberapa minggu bergantung pada keadaan.

xii. Mengapa saya berasa pening selepas menggunakan Medklinn Pensteril Udara+Permukaan?

Jika anda berasa pening selepas menggunakan Medklinn, cuba laraskannya ke tetapan yang lebih rendah. Jika anda masih berasa tidak selesa, sila hubungi kami untuk semakan lanjut.