D. Ozone

a. Apakah itu ozon?

Ozon merupakan gas yang terdiri daripada 3 atom oksigen. Ia tercipta apabila cahaya matahari memecahkan molekul oksigen (O2) kepada satu atom dan ia kembali bergabung kepada oksigen molekul yang lain seterusnya membentuk Ozon (03).

Ozon (O3) selalunya tercipta daripada hujan, ribut petir, air terjun, fotosintesis pokok dan air yang bergerak.

Ozone

Ozon mempunyai kadar tindak balas yang tinggi dan tidak stabil berbanding oksigen (O2). Ia mempunyai separuh-hayat dalam jangka masa 20 minit, ini bermaksud separuh ozon yang tidak digunakan dalam menghapuskan pencemaran akan bertukar kepada oksigen semula dalam masa 20 minit.

Di kawasan atmosfera yang kita duduki, ia terbukti bahawa penggunaan ozon ini berkesan bagi menghapuskan mikroorganisma sebagai contoh bakteria, virus, dan kulat dengan memusnahkan mereka ke tahap molekul DNA. Ia juga terbukti untuk menghapuskan pelbagai gas karsinogen yang berbahaya dan Sebatian Organik Meruap (VOC) dalam udara yang kita hirup serta permukaan yang disentuh. Ozon juga merupakan senjata alam semulajadi yang paling ampuh untuk mengoksida serta meneutralkan sebatian organik alergen seperti bulu haiwan peliharaan dan protein dalam najis hama dan sebagainya.

Ozon juga terbukti untuk menjadi paling berkesan bagi membasmi kuman dalam kalangan manusia. Apabila ozon meresap ke dalam air ia menjadi 50x kali ganda lebih kuat dan 3000 kali lebih pantas bertindak berbanding peluntur klorin. Ia digunakan untuk mensterilkan sumber air di kebanyakan negara maju dan juga menghapuskan mikrob dalam rantaian makanan.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk soalan (e)

b. Beberapa artikel mengatakan bahawa ozon ini berbahaya, adakah ia benar?

Ozon (O3) terbukti sangat berkesan dalam membunuh organisma sel tunggal seperti bakteria, virus dan kulat. Oleh itu, memang wajar keraguan penggunaannya sama ada ia mempunyai kesan yang sama pada organisma multisel seperti manusia dan haiwan.

Ozon(O3) tidak menjejaskan sel-sel bentuk kehidupan yang lebih kompleks seperti haiwan dan manusia – bermakna manusia tidak akan mengalami sebarang kesan buruk daripada ozon (O3), terdapat kajian untuk membuktikan perkara ini. Ozon sentiasa ada dalam udara yang kita sedut, walaupun kepada pelbagai tahap kepekatan.

Selain itu, apabila tahap pencemaran tinggi dalam alam sekitar, lebih banyak ozon yang akan dihasilkan oleh alam semula jadi bagi menghapuskan pencemaran. Jadi, sudah jelas bahawa ozon tidak membawa kemudaratan kepada manusia malah ia juga penting untuk mengekalkan kehidupan di bumi.

c. Adakah wujud – ozon yang baik dan ozon yang buruk?

Terdapat banyak salah faham dan kekeliruan maklumat mengenai ozon dan penggunaannya. Hal ini berakar umbi daripada kajian yang dijalankan oleh Majlis Penyelidikan Kebangsaan dan digunakan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat dalam cadangannya.

Rumusannya: Satu kajian telah dijalankan mengenai kesan pelepasan hidrokarbon daripada kenderaan dan industri perkilangan terhadap kadar kematian manusia. Pencemaran daripada kenderaan dan industri yang biasanya dirujuk sebagai “asap” – yang terdiri daripada karbon monoksida, nitrogen oksida, sulfur dioksida, sebatian organik meruap dan hidrokarbon lain – adalah pada semua lepasan yang dilaporkan sebagai memudaratkan kesihatan manusia. Turut ditemui dalam kumpulan pencemaran ini ialah ozon. Disini kita harus ingat bahawa lagi tinggi tahap pencemaran dalam alam sekitar, maka tahap ozon juga akan menjadi tinggi bagi membantu proses pembersihannya.

Malangnya, ozon yang terkumpul bersama bahan pencemaran tersebut telah disalah tafsirkan sebagai bahan dalam kandungan “asap”. Lebih tinggi kadar asap, maka lebih tinggilah ozon yang akan dilepaskan. Namun ozon telah ditafsirkan sebagi bahan kimia yang tercipta daripada pembakaran hidrokarbon. Dalam erti kata lain, kajian tersebut menggunakan perkataan “ozon” sebagai asap dan pencemaran – dan ini menggambarkan ozon sebagai satu perkara yang negatif dan membahayakan kesihatan walhal kewujudannya adalah untuk membantu alam sekitar dan kesihatan kita. Definisi ozon hanya boleh ditemui pada nota kaki rumusan kajian bertajuk- “Estimating Mortality Risk Reduction and Economic Benefits from Controlling Ozone Air Pollution” – there is no mention of the definition thereafter, anytime and anywhere.

Summary

EPA merujuk asap sebagai “pencemaran ozon” atau “ozon aras tanah” (tanpa penjelasan yang menyatakan “asap” sebagai “ozon”), lalu wujudlah konsep yang salah mengenai ozon sebagai mudarat. Namun hakikatnya asap adalah (karbon monoksida, nitrogen oksida, sulfur dioksida, sebatian organik meruap dan hidrokarbon lain) berbahaya kepada kesihatan manusia walaupun pada kadar yang sedikit. Kesimpulannya, ozon menjadi bahaya kerana ia ditemui apabila kadar pencemaran alam sekitar yang tinggi, ia ibarat mengatakan bahawa polis jahat kerana mereka ditemui dalam kalangan kadar jenayah yang tinggi. Ia sememangnya satu tanggapan yang salah.

Sudah bertahun-tahun, ozon terkubur dalam konsep yang salah dan mengelirukan. Dengan pelbagai artikel yang dikeluarkan, golongan professional dan bahan pemasaran yang tanpa sedar menggunakan EPA. Untuk merungkaikan masalah ini, pelbagai sumber yang didapati daripada alam semulajadi tidak boleh di dipatenkan atau dimiliki, oleh itu ozon juga mempunyai masa yang sukar untuk mencari suara yang mampu menjelaskan kebaikkannya kepada masyarakat, perniagaan dan kumpulan pengguna umum.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk soalan (d)

d. Menurut sumber dalam talian yang boleh dipercayai seperti EPA, ozon dianggap berbahaya walaupun pada tahap yang sangat rendah. Adakah itu benar?

EPA merujuk asap sebagai “pencemaran ozon” atau “ozon aras tanah” (tanpa penjelasan yang menyatakan “asap” sebagai “ozon”), lalu wujudlah konsep yang salah mengenai ozon sebagai mudarat. Namun hakikatnya asap adalah (karbon monoksida, nitrogen oksida, sulfur dioksida, sebatian organik meruap dan hidrokarbon lain) berbahaya kepada kesihatan manusia walaupun pada kadar yang sedikit. Kesimpulannya, ozon menjadi bahaya kerana ia ditemui apabila kadar pencemaran alam sekitar yang tinggi, ia ibarat mengatakan bahawa polis jahat kerana mereka ditemui dalam kalangan kadar jenayah yang tinggi. Ia sememangnya satu tanggapan yang salah.

Sudah bertahun-tahun, ozon terkubur dalam konsep yang salah dan mengelirukan. Dengan pelbagai artikel yang dikeluarkan. golongan professional dan bahan pemasaran yang tanpa sedar menggunakan EPA. Untuk merungkaikan masalah ini, pelbagai sumber yang didapati daripada alam semulajadi tidak boleh di dipatenkan atau dimiliki, oleh itu ozon juga mempunyai masa yang sukar untuk mencari suara yang mampu menjelaskan kebaikkannya kepada masyarakat, perniagaan dan kumpulan pengguna umum.

Ingat, apabila anda mendengar atau membaca bahawa “ozon” berbahaya, ia merujuk kepada asap (atau seperti yang dirujuk oleh EPA sebagai ozon aras tanah atau “pencemaran ozon”).

Pensteril Udara+Permukaan Medklinn mengeluarkan tahap oksigen aktif yang terkawal, di mana ozon (O3) adalah sebatiannya.

Sila rujuk (e).

e. Adakah terdapat kertas ilmiah atau penyelidikan untuk membuktikan bahawa ozon selamat untuk digunakan?

Ozon (03) tercipta daripada alam semula jadi bagi menghapuskan pencemaran di udara. Oleh itu, ia sentiasa ada dalam udara yang kita hirup. Penghasilannya amat kritikal dan penting bagi mengekalkan kehidupan dia bumi.

Terdapat pelbagai kajian terhadap ozon seperti berikut :
– Ozone Air Quality Standards: EPA’s 2015 Revision
– WHO Air quality guidelines for particulate matter, ozone, nitrogen dioxide and sulfur dioxide
– Environmental Protection Agency: National Ambient Air Quality Standards for Ozone; Final Rule
– OSHA: Indoor Air Quality in Commercial and Institutional Buildings
– U.S. FDA Regulatory Approval of Ozone as an Antimicrobial Agent – What Is Allowed and What Needs to Be Understood
– Ozone Tech Brief – A National Drinking Water Clearinghouse Fact Sheet
– EPA Guidance Manual – Alternative Disinfectants and Oxidants: Ozone

f. Adakah ia selamat untuk bayi?

Ya, sudah tentu ia selamat untuk bayi. Malah ia juga selamat untuk semua.

Sila rujuk (b).

g. Adakah ozon wujud dalam udara yang kita hirup?

Ya. Ozon (03) sentiasa ada dalam udara yang kita hirup namun kadar kepekatannya berbeza di setiap tempat dan masa.

Sila rujuk (a).

h. Apakah kadar ozon yang selamat bagi manusia?

Ozon (03) sentiasa ada dalam udara yang kita hirup, walaupunpada kadar kepekatan yang tinggi (>3.0ppm), namun ia akan menyukarkan pernafasankita.

Menurut Occupational Safety and Health Administration (OSHA), garis panduan ozon (03) di tempat kerja adalah
• 0.2 ppm jika pendedahan tidak lebih 2 jam
• 0.1 ppm jika pendedahan hanya selama 8 jam bagi kerja ringan
• 0.08 ppm jika pendedahan selama 8 jam bagi kerja sederhana berat
• 0.05 ppm jika pendedahan selama 8 jam bagi kerja berat

Merujuk kepada NIOSH, cadangan kadar pendedahan ozon adalah0.1 ppm (0.2 mg/m3) bagi24 jam.

Medklinn Pensteril Udara + Permukaan menghasilkan oksigen aktif yang diperbuat daripada ion negatif (O-) dan kadar ozon yang terkawal (03). Dengan teknologi Cerafusion™,yang telah dipatenkan, kadar ozon(03) telah dikawal dalam rangka 0.05ppm bagi luas kawasan yang dicadangkan untuksetiap model.

i. Ozon membunuh bakteria, virus dan kulat. Adakah ia berbahaya bagi manusia?

Bakteria, virus dan kulat juga merupakan sel tunggal yang mudah dibunuh oleh ozon. Namun, ozon tidak akan memberi kesan kepada bentuk kehidupan yang lebih kompleks seperti haiwan dan manusia-ini bermaksud manusia tidak akan terkesan dengan ozon. Oleh itu, ia tidak memudaratkan manusia dan haiwan malah ia penting bagi mengekalkan kehidupan di bumi.