Terma & Syarat Waranti

Produk dijamin sepenuhnya terhadap kecacatan pembuatan dalam bahan dan/atau mutu kerja di bawah penggunaan biasa, bermula dari tarikh pembelian daripada pengedar sah kami. Tempoh dan syarat jaminan kami adalah seperti berikut:

1. Tempoh jaminan Produk MedKlinn: SATU (1) tahun dari tarikh pembelian untuk alat ganti dan mutu kerja;
2. Alat ganti TIDAK di bawah jaminan – Selongsong produk dan Kartrij Cerafusion. Waranti ini tidak meliputi perkhidmatan pembersihan am dan terhad kepada pembaikan atau penggantian bahagian yang rosak sahaja; sepenuhnya mengikut budi bicara kami. Tiada kewajipan di bawah terma dan syarat waranti ini untuk menggantikan atau memperbaharui unit lengkap. Pertukaran untuk unit baru secara nyata dikecualikan di bawah jaminan ini. Waranti ini sah di negara pembelian SAHAJA. Waranti ini akan terbatal di bawah keadaan berikut:

• Kegagalan untuk mengemukakan bukti asal pembelian apabila servis diperlukan;
• Nombor siri produk tidak sepadan dengan nombor dalam polisi atau ia telah dipinda atau dipadamkan;
• Unit telah tertakluk kepada penyalahgunaan, kecuaian atau penggunaan yang bertentangan dengan arahan pengilang; atau telah diganggu atau diubah dalam apa jua cara oleh kakitangan perkhidmatan yang tidak dibenarkan;
• Unit rosak semasa transit ke Pusat Servis;
• Kecacatan disebabkan oleh kebakaran, kilat, perbuatan alam semula jadi, pencemaran, lonjakan voltan yang tidak normal, penggunaan penjana, perosak atau punca di luar kawalan pengilang.