Buatlah Sesuatu untuk Mengurangkan Jangkitan Silang
Mengapakah anda meletakkan orang yang dikasihi dijangkiti dan menyebarkan jangkitan apabila terdapat penyelesaian yang mudah dan semula jadi?
Satu perkara yang paling senang untuk dikongsi adalah merupakan satu perkara yang tidak mahu dikongsi oleh sesiapa pun: penyakit. Di mana sahaja orang berkumpul untuk berinteraksi, ia kelihatan mustahil untuk mengelakkan penyebaran jangkitan bakteria dan virus.
Kita sedang menyaksikan dan mengalami kesan domino penyakit di mana-mana: Seseorang jatuh sakit di tempat kerja, dan sebelum anda mengetahuinya, separuh pejabat akan bergiliran untuk mengambil cuti sakit. Ia dibawa pulang dan sekelip mata, seluruh keluarga bergilir-gilir jatuh sakit. Seseorang kanak-kanak membawanya ke sekolah, dan ia dengan segeranya merebak dalam kalangan rakan sekelas yang lain. Ianya akan berterusan seperti kitaran yang tidak akan berakhir.