Kebaikan

Buatlah Sesuatu Berkenaan Jerebu

Mengapakah anda terpaksa mengharungi hari-hari berjerebu apabila terdapat penyelesaian yang mudah dan semula jadi?

Langit yang berjerebu dan bau asap yang sesak yang meresap di udara adalah seolah-olah merupakan kejadian tahunan yang terpaksa diterima oleh rakyat Malaysia.

Bagi kebanyakan daripada kita, jerebu berpotensi menyebabkan mata berair, sakit kepala, batuk, serangan asma, tekak kering dan penyakit pernafasan yang lain..

Apakah kesan jerebu terhadap kesihatan anda?

Partikel-partikel jerebu boleh memberi kesan kepada jantung dan paru-paru, khususnya kepada yang sudah pun mempunyai penyakit jantung atau paru-paru kronik seperti asma, Penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) atau kegagalan jantung.

Ia mungkin mengambil masa 1-3 hari selepas pendedahan kepada jerebu untuk menunjukkan kesan / gejala kesihatan.

Dalam kalangan individu yang sihat, pendedahan jangka pendek (iaitu pendedahan berterusan kepada tahap PSI purata harian yang tidak sihat dalam jangka masa beberapa hari) kepada tahap tinggi zarah-zarah jerebu boleh menyebabkan kerengsaan mata, hidung, dan tekak dalam individu yang sihat.

Sumber:MOH Singapore

Penyelesaian yang berkesan untuk menentang jerebu

Oleh sebab sekali lagi kita diliputi oleh jerebu, tidakkah anda berharap bahawa anda dan keluarga anda tinggal di persekitaran yang dikelilingi oleh pokok dan udara segar? Tidak perlu mencari lagi, anda dengan mudahnya boleh mengubah kediaman anda menjadi syurga udara yang bersih dengan Pensteril Udara + Permukaan MedKlinn.

Dikuasakan oleh Teknologi Cerafusion, Pensteril Udara + Permukaan MedKlinn menghasilkan Oksigen Aktif di ruang kediaman anda untuk mensterilkan udara dan permukaan anda dengan selamat dan berkesan tanpa menggunakan bahan kimia, sama seperti alam. Bahan pencemar gas toksik dan bau busuk yang terdapat dalam jerebu dineutralkan. 99.99% bakteria, virus, kulat dan fungus disingkirkan.

Ciptailah pengalaman alam semula jadi di tempat tinggal anda sekarang dengan Medklinn.