Kebaikan

Bebas daripada Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

PUNCA SEBENAR PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) ialah jangkitan virus yang disebabkan oleh enterovirus. Ia pada umumnya menjangkiti kanak-kanak kecil di bawah 10 tahun tetapi boleh juga menjangkiti orang dewasa.
Mereka yang dijangkiti akan menderita daripada demam, sakit kepala, leher kaku, sakit belakang, ruam pada tangan dan tapak kaki, ulser tekak, mulut dan lidah. Penyakit ini akan mengambil 1 hingga 2 minggu untuk pulih daripada HFMD kerana tidak ada rawatan khusus untuknya.

Tetapi, adakah anda tahu punca sebenar HFMD?

Kanak-kanak menanggung sebahagian besar penderitaan semasa dijangkiti oleh HFMD. Ibu bapa perlu mengambil cuti daripada kerja mereka untuk menjaga anak-anak di samping semua kebimbangan. Walaupun cikgu-cikgu diminta untuk meluangkan lebih banyak masa untuk menjaga mereka secara khusus, ia menyebabkan kehilangan produktiviti.
Dalam situasi yang teruk, taman asuhan kanak-kanak atau tadika perlu ditutup, ini akan menyebabkan kerugian kewangan kepada pengusaha dan pekerja. Ibu bapa terpaksa mencari cara-cara alternatif untuk menjaga anak mereka dan ia akan mengakibatkan tekanan dan mungkin kos tambahan.

Secara keseluruhan, bukankah lebih baik untuk mengurangkan risiko daripada dijangkiti?

Bagaimanakah Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) merebak?

Virus biasanya merebak melalui mulut dan dubur dan biasanya terdapat di dalam air liur, mukus, najis dan cairan lepuh seseorang yang menghidap HFMD.

Biasanya, seseorang boleh dijangkiti virus melalui:

  • Sentuhan fizikal seperti memeluk, berkongsi perkakas dan najis
  • Permukaan yang tercemar seperti mainan, tikar permainan dan fabrik
  • Zarah-zarah udara seperti batuk dan bersin

Bagaimanakan untuk Mencegah Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)?

Cara yang paling berkesan untuk mencegah penyebaran HFMD adalah dengan menjaga kebersihan.

Berikut adalah beberapa petua untuk anda mengurangkan risiko jangkitan HFMD:

  1. Berhenti berkongsi perkakas
  2. Basuh tangan dengan sabun dan air panas dengan kerap
  3. Elakkan hubungan rapat seperti memeluk dan mencium
  4. Bersihkan setelah menukar lampin
  5. Basmi kuman permukaan dengan kerap seperti perabot, lantai, mainan dan tikar.

Semua langkah ini memerlukan perubahan tingkah laku dan mungkin sukar untuk dilaksanakan dan dikuatkusakan. Adakah terdapat cara yang MUDAH dan BERKESAN untuk melengkapi perkara di atas?

Di Medklinn, kami adalah merupakan pakar dalam mengurangkan risiko jangkitan silang termasuklah HFMD. Pensteril Udara + Permukaan Medklinn menghasilkan Oksigen Aktif untuk mensterilkan udara dan permukaan anda dengan selamat dan berkesan tanpa menggunakan sebarang penapis udara atau bahan kimia.
Ujian makmal yang dijalankan oleh Universiti Malaya, Kuala Lumpur menunjukkan bahawa Pensteril Udara + Permukaan Medklinn menyingkirkan 100% jangkitan Enterovirus Manusia 71 yang menyebabkan HFMD.

Ujian Makmal

Bagaimanakah Medklinn berfungsi?

Teknologi Cerafusion yang dipatenkan oleh Medklinn menghasilkan Oksigen Aktif secara berterusan, setiap hari 24/7. Oleh sebab Oksigen Aktif mengisi ruang dalaman kediaman anda, ia secara efektifnya dan berkesan memusnahkan virus bukan sahaja di udara tetapi ketika ia menyentuh permukaan, ia juga membunuh virus di semua permukaan seperti perabot, lantai, tikar mainan, mainan dan lain-lain.

Pensteril Udara + Permukaan Medklinn mampu membersihkan udara yang kita bernafas dan permukaan yang kita sentuh dengan menjadikan pencemar semula jadi atau buatan manusia sebagai tidak berbahaya pada tahap molekul.

Oksigen Aktif ialah unsur bebas kimia dan semula jadi yang dicipta oleh alam untuk mengekalkan kehidupan. Di mana manusia mengakibatkan pencemaran, alam menghasilkan Oksigen Aktif untuk sentiasa membersihkan dan menyembuhkan bumi daripada bahan-bahan pencemar. Ia adalah suatu proses pemapanan diri di mana dengan ketiadaanya, manusia akan mati akibat persekitaran yang bertoksik. Teknologi Cerafusion Medklinn mencipta semula Oksigen Aktif ini untuk menghilangkan patogen dan bahan pencemar di ruang dalaman anda seperti yang dilakukan oleh alam untuk membersihkan persekitaran bumi. Ia adalah sehingga kini merupakan sistem pembersihan yang paling kuat, semula jadi dan berkesan yang diketahui oleh manusia pada hari ini.

Oleh sebab Medklinn mengisi ruangan tempat tinggal anda dengan Oksigen Aktif dan bukan sekadar menapis beberapa bahan pencemar,

Ia tidak mempunyai batasan yang terdapat pada penapis udara dan pembersih udara. Medklinn boleh sampai ke sudut-sudut tempat tinggal anda di udara dan juga di permukaan, membebaskan anda dan anak-anak anda daripada risiko Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut sepanjang hari, setiap hari.

Sekiranya anda mendapati perkara ini berguna, sila kongsi ini kepada rakan-rakan anda yang mempunyai anak dan pengetua sekolah anak-anak anda.

Rujukan:
1. Brandon May (2017, November 22) What to expect with hand, foot, and mouth disease. Retrieved July 24, 2018

2. Hand, Foot, and Mouth Disease (2018, June 28)

Free Consultation
for your kindergartens and daycare centres